eKelas English 2020 (Minggu Pertama)

7 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Jumaat bersamaan 06 March 2020, telah diadakan eKelas Live bagi subjek Bahasa inggeris yang telah berlangsung di Pusat Internet Tebelu. Bagi miggu ini hanya pelajar tahun 6, tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3 sahaja yang terlibat.

Ekelas ini berlangsung dari jam 3:00 petang sehingga 6:00 petang dan mengikut kelas masing-masing. Bagi tahun 6, pelajar berkenalan dengan cikgu dan rakan dari pusat internet yang lain dan cikgu menerangkan aktiviti-aktivi yang akan dilakukan sepanjang ekelas pada tahun 2020 ini. Pelajar seronok menyertai ekelas ini disamping dapat berkenalan dengan pelajar dari pusat internat yang lain. Bagi pelajar tingkatan 1 sehingga tingkatan 3 mereka mempelajari pelajaran seperti biasa bersama cikgu. Diharapkan ekelas pada tahun ini mendapat sambutan yang meriah daripada tahun-tahun yang lepas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali